Friday 23 December 2011

Kategori Coklat

Coklat Tulen dibahagi kpd 4 jenis, iaitu :

i. Dark Chocolate - coklat pahit/ separuh manis
Dark chocolate juga dikenali sebagai 'pahit' atau 'semisweet' coklat. Ia mengandungi peratusan koko yang tinggi (hingga 75%) dari pepejal koko, dan sedikit (atau tidak) gula ditambah. Semisweet coklat memiliki rasa coklat yang berlemak, dan boleh ditemui di dalam gula-gula dan coklat potongan (cip) yang digunakan dalam pembuatan kek, kuih atau biskut.

ii. Milk Chocolate - coklat susu
Coklat susu mengandungi campuran cocoa butter, susu dan gula. Rasanya lebih manis jika dibandingkan dengan coklat lain. Kandungan koko sekitar 20%. Kebanyakan coklat atau gula-gula yg dijual di kedai-kedai menggunakan coklat susu sebagai bahan utama. Coklat susu bukanlah pilihan yang sesuai untuk membuat kek atau biskut. Disebabkan kandungan koko yang rendah, coklat ini mudah hangus jika dimasak.
Contoh milk coklat : Cadbury, Hershey

iii. White Choclate - coklat putih
Coklat putih mengandungi campuran cocoa butter, gula,susu dan vanila. Ia tidak dibuat dari biji koko tapi penggunaan lemak koko digunakan untuk mendapatkan rasa dan tekstur coklat. Coklat putih rasanya lebih manis dari coklat susu. Kebanyakan coklat yang ditambah pewarna, menggunakan coklat putih sebagai base warna untuk mendapatkan warna-warna yang diingini.
Contoh : Tablerone

iv. Cooking chocolate/ unsweetened chocolate
Pada pandangan masyarakat, terdapat satu lagi jenis coklat yang terdapat dipasaran iaitu coklat masakan (cooking chocolate). Coklat pahit yang mengandungi hampir 100% pepejal koko, dan tidak ada tambahan gula atau produk susu. Ia digunakan terutama untuk pembuatan kek atau biskut. Walaupun ia merupakan coklat yang tulen, ianya terlalu pahit untuk dimakan begitu sahaja.

Apa itu Coklat?

Mari kita kenal apa itu coklat.

Biji-biji koko kering yang diproses melalui beberapa peringkat dan inovasi teknologi akan menghasilkan 3 produk utama iaitu massa, lemak dan serbuk koko. Kegunaan koko berkembang pesat, daripada hanya sebagai minuman pada peringkat awal penemuannya kepada pelbagai bentuk dan perisa coklat serta konfeksi yang lazat dan menyelerakan.

Proses penghasilan coklat daripada koko adalah rumit dan hanya sesuai dijalankan melalui pengilangan. Bahan utama seperti massa koko, lemak koko, gula dan susu dicampur pada kadar berbeza bergantung pada coklat yang ingin dihasilkan.

Coklat gelap atau pahit dihasilkan dengan:

  • Massa  koko
  • Lemak koko
  • Gula
  • Lesitin (bahan pengemulsi)
  • Vanilin (perisa vanilla)
Coklat susu dihasilkan dengan:
  • Massa  koko
  • Lemak koko
  • Gula
  • Susu tepung
  • Lesitin 
  • Vanilin 
Coklat putih dihasilkan dengan:
  • Lemak koko
  • Gula
  • Susu tepung
  • Lesitin 
  • Vanilin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...